BN Selangor Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Jika Cadangan Darurat ditolak

BN Selangor Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Jika Cadangan Darurat ditolak

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil mengesa Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sekiranya cadangan kerajaan untuk melaksanakan darurat tidak diterima oleh YDPA dan seterusnya berserah kepada Agong untuk membuat keputusan mengenai langkah seterusnya yang wajar diambil, menurut Isham, langkah itu dapat menjimatkan masa dan lebih mudah buat rakyat dan negara.

“Untuk mengelakkan jalan yang panjang dan memakan masa tetapi dengan pengakhiran yang sama (darurat), adalah lebih afdal untuk rakyat dan negara jika Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu dan menyerahkannya kembali kepada budi bicara dan kebijaksanaan untuk menentukan sepenuhnya sama ada untuk melantik perdana menteri baru, membubarkan parlimen atau mengisytiharkan darurat.

Setelah tersebar keputusan mesyuarat kabinet semalam yang mencadangkan darurat,pihak termasuk dari parti politik dan orang ramai turut menyatakan rasa tidak setuju untuk melaksanakan darurat apatah lagi orang melihat ia lebih kepada usaha Muhyiddin untuk mengekalkan kuasa.

Isham juga berpendapat adalah tidak masuk akal jika kawasan yang bebas daripada Covid-19 atau negeri yang tidak kritikal turut terheret dalam perintah darurat terutamanya jika negeri-negeri yang berjauhan.

CATEGORIES