Binatang Politik – Pemimpin UMNO Pro PPBM Terus Kunci Mulut

Binatang Politik – Pemimpin UMNO Pro PPBM Terus Kunci Mulut

Setelah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan “Kluster Mahkamah” sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi, pemimpin UMNO pro Muhyiddin Yassin terus mengunci mulut dari mempertahankan pemimpin parti sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Armand Azha menyifatkan kenyataan kurang ajar pemimpin Bersatu itu sebagai “anjing salakan politik” manakala Razlan pula mengingatkan Faiz bahawa pemimpin kluster mahkamah itu juga yang turut membantu menegakkan kerajaan PN.

Terdahulu, Faiz Na’aman mendakwa kumpulan Kluster mahkamah ini telah menjadikan wadah ‘Ketuanan Melayu’ sebagai tirai untuk melindungi ketamakkan serta kepentingan peribadi dan kelompok kecil lingkungan mereka sahaja, hampir seperti modus operandi kartel projek yang dibanteras oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

Walaupun tidak menamakan siapa yang dimaksudkan sebagai kluster mahkamah, namun rahsia terbuka kelompok terbabit adalah pemimpin UMNO yang kini didakwa di mahkamah kerana kes rasuah termasuklah Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Bekas presiden UMNO, Najib Razak.

CATEGORIES