Bila Ada Vaksin Nanti Baru Buat PRU – MPT BERSATU

Bila Ada Vaksin Nanti Baru Buat PRU – MPT BERSATU

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia, Datuk Muhamed Farid Muhamed Zawawi mengulas mengenai pandangan yang mahu PRU diadakan selepas selesai isu Covid-19, menurut Farid,PRU perlu diadakan mengikut waktu yang sesuai dan semua pihak masih belum pasti bila isu pandemik ini dapat diselesaikan.

“Insya-ALLAH bila ada vaksin nanti, mungkin tiba masanya yang sesuai untuk kita buat PRU atau sebagainya,” katanya dilaporkan Sinar Harian.

Farid turut mendakwa gesaan beberapa pihak menuntut Muhyiddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri sebagai tidak berasas kerana Muhyiddin cukup hebat kepimpinannya mengemudi negara yang berdepan penularan pendemik covid19.

“Kita lihat sudut kepimpinan dan penerimaan rakyat kita yang melebihi 30 juta ini. Apa yang kita dengar di sosial media hanya tiga empat orang yang suruh berhenti.

“Adakah patut kita dengar suara tiga, empat orang ini daripada puluhan juta yang lain? Bagi saya, permintaan untuk melepaskan jawatan itu tidak berasas dan boleh disifatkan sebagai kepentingan peribadi,” katanya dipetik Sinar harian.

Rujukan : https://www.sinarharian.com.my/article/107815/BERITA/Politik/Tindakan-desak-Muhyiddin-letak-jawatan-tidak-berasas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

CATEGORIES