BERSATU Terengganu Tanding 1 Kerusi Parlimen, Terima Berapa pun Kerusi Dun Diberi PAS

BERSATU Terengganu Tanding 1 Kerusi Parlimen, Terima Berapa pun Kerusi Dun Diberi PAS

Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) Negeri Terengganu dilaporkan hanya meminta untuk bertanding satu kerusi parlimen dan menerima berapa pun kerusi dun yang PAS mahu beri.

Sumber BERSATU yang mahu nama dirahsiakan memberitahu, pada pertemuan antara wakil PAS dan BERSATU, Parti serpihan UMNO itu meminta agar hanya satu kerusi parlimen diberikan kepada mereka iaitu kerusi yang disandang timbalan ketua Bersatu Terengganu , Rosol Wahid di Hulu Terengganu.

Menurut sumber itu, pimpinan utama BERSATU Terengganu tidak berminat untuk membawa BERSATU lebih jauh dalam arena politik Terengganu dan mahu bertenggeng dan menumpang kekuasaan dari PAS.

“Kalau PAS takmboh bagi kerusi dun pun pimpinan negeri dok kisoh, asal buleh jadi kerajaan” , katanya dengan nada kesal.

Ditanya samada Presiden Bersatu, Mahyiddin mengetahui perkara ini , menurut sumber yang juga merupakan pimpinan bahagian itu memberitahu beberapa wakil akan cuba bertemu perdana menteri agar berbincang dengan PAS untuk memberi beberapa kerusi boleh menang kepada BERSATU.

Pilihan Raya Umum ke 15 dijangka berlangsung sebaik sahaja darurat ditamatkan dan pertanding tiga penjuru melibatkan BN, PN dan PH dijangka berlangsung termasuk di Terengganu.

CATEGORIES