BERSATU Terengganu Putuskan Tanding 2 Kerusi Parlimen , 8 Dun

BERSATU Terengganu Putuskan Tanding 2 Kerusi Parlimen , 8 Dun

BERSATU Negeri Terengganu hari ini melalui Ketua Badan Pimpinan Negerinya, Datuk Razali Idris hari ini memuatkan satu status yang dipercayai merujuk kepada keputusan BERSATU Terengganu untuk bertanding dalam PRU15

“InsyaAllah Kita Bermula Dengan 8 DUN dan 2 Parlimen di Terengganu.”, tulis Razali .

Pada PRU14 PPBM bertanding 3 kerusi parlimen iaitu Setiu, Besut, dan Hulu Terengganu dan 10 kerusi Dun.

PPBM bagaimana pun tewas dikesemua kerusi yang ditandingi dan turut hilang deposit diketiga kerusi parlimen termasuk yang ditandingi oleh Razali sendiri.

Terdahulu, PAS mengumumkan akan bertanding di kesemua kerusi parlimen yang dimenanginya pada PRU14 dan 22 kerusi Dun manakala Barisan Nasional (Bn) mahu bertanding di kesemua kerusi parlimen dan dun di Terengganu.

Tiada kata sepakat sehingga kini berkenaan agihan kerusi antara PAS dan BN.

Namun dipercayai keputusan ini telah dicapai di antara PAS dan Bersatu Terengganu melalui Perikatan Nasional tanpa melibatkan UMNO memandangkan UMNO tidak bersama dalam PN secara rasmi.

CATEGORIES