Bersatu Terengganu patut sedar diri, umpama sampah di negeri Pas

Bersatu Terengganu patut sedar diri, umpama sampah di negeri Pas

Ketika Pas mengumumkan mahu bertanding 6 dari 8 kerusi parlimen, dan Umno melalui Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Seri Ahmad Said pula mahu bertanding kesemua kerusi parlimen dan Dun di Negeri Terengganu, Bersatu Terengganu dilihat seperti tiada nilai sebagai sebuah parti utama di peringkat nasional.

Inilah persepsi umum terhadap politik Terengganu sekarang ekoran pertembungan dua kumpulan utama politik negeri ini.

“Usah disebut soal kerusi parlimen, untuk membolehkan wakil Bersatu menjadi anggota MPKK pun ditolak oleh Pas,” kata seorang aktivis sosial.

Menurut beliau, dalam pertemuan Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris dengann MPKK anjuran Ketengah, permohonan Razali agar wakil Bersatu dilantik dalam MPKK telah ditolak mentah-mentah oleh Pas.

Menurut beliau, walaupun Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin disanjung dan dipuja puji di peringkat nasional, hakikatnya Bersatu di Negeri Terengganu dipandang bagai sampah yang tiada nilai sedikitpun pada Muafakat Nasional yang dianggotai Umno dan Pas.

Bersatu Terengganu dilihat terhegeh hegeh bagai tidak tahu malu cuba menempel jentera dan kekuatan PAS dan UMNO Terengganu menjadikan mereka tidak ada suara untuk menuntut sedikit bahagian untuk mereka dalam gabungan ini, jika ada diberi maka ada lah, jika tiada, cukuplah melukut di tepi longkang mencari sisa sisa tertinggalkan.

CATEGORIES