BERSATU Nafi Ahli Keluar Parti Di Besut

BERSATU Nafi Ahli Keluar Parti Di Besut

Ketua Armada Kuala Besut menafikan kenyataan dalam satu video viral bahawa ahli Bersatu di sana sudah keluar parti sebaliknya hanya sedikit sahaja.

Menurutnya, Armada dun kuala besut berpendirian bersama dengan ketua ketua cawangan pdm di dun kuala besut 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗢𝗿𝗢 π˜π—²π—΄π˜‚π—΅ di belakang pengerusi penyelaras bersatu dun kuala besut dan menafikan tindakan keluar parti beramai yang digembar gemburkan oleh pihak tertentu.

“Di banner nya sokongan tanda tangan hanya sikit dan boleh direka2. 7 orang ketua cawangan yang lari keluar dari bersatu hanya la rekaan untuk memburukkan bersatu dun kuala besut pimpinan saudara wan zain @ abe zain” tulis Basir, ketua Armada Kuala Besut.

Dia juga kesal dengan tindakan beberapa individu yang membakar baju korperat BERRSATU kerana menurutnya di baju koperat bersatu miliknya di bakar yang mana tertera bendera Malaysia dan Terengganu di kanan dan kiri poket baju.

“penghinaan bendera malaysia yg dibuat oleh bekas ketua cwgn tersebut amat2 tidak berasas.”

“armada berpendirian mana2 ahli bebas untuk berpolitik dan join mana2 badan politik asalkn tidak melampaui batas seperti membakar bendera. jika berpendirian politik untuk menambahkan kebencian, ianya bukan sesuatu yg baik untuk ditatapi oleh masyarakat yang melihatnya”

Menurutnya lagi, Armada dun kuala besut TEGAS akan membuat laporan polis berkaitan dengan lambang bendera malaysia dan terengganu yang ada di baju dibakar

CATEGORIES