BERSATU Minta UMNO Hormat Kerjasama

BERSATU Minta UMNO Hormat Kerjasama

Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) meminta sekutunya dalam kerajaan Perikatan Nasional, UMNO untuk menghormati kerjasama antara mereka. Perkara itu disebut dalam kenyataan dikeluarkan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan

“Bersatu menyeru supaya semua pihak menunjukkan keikhlasan dan menzahirkan kesungguhan melalui disiplin organisasi yang tinggi bagi memastikan kerjasama politik yang diwujudkan melalui PN dapat terus dihormati dan dipelihara,” katanya.

Wan Saiful turut menolak cadangan UMNO yang mahu segerakan PRU , sebaliknya menurut Wan Saiful, PRU hanya wajar dilaksanakan apabila masalah pendemik covid-19 dapat dikawal.

“Oleh yang demikian, agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara,” katanya.

CATEGORIES