Berjiwa Besar, Faizal Azumu Minta BERSATU Johor Tidak Khianat Seperti UMNO

Berjiwa Besar, Faizal Azumu Minta BERSATU Johor Tidak Khianat Seperti UMNO

Timbalan Presiden BERSATU, Ahmad Faizal Azumu berkata adalah tidak elok untuk berdendam kerana setiap kemelut boleh diselesaikan dengan baik.

Faizal yang dijatuhkan dengan Usul Undi Percaya yang dibawa oleh Adun UMNO mendapat 10 undi menyokong berbanding 48 undi menolak usul terbabit.

“Jangan balas dendam… dalam politik kita jangan berdendam-dendam.

“Tentu ada perkara yang boleh kita selesaikan, ini reaksi yang tidak kita ingini selepas berlaku keadaan di sidang DUN Perak,” katanya dalam sidang media petang hari ini.

Bekas menteri besar Johor, Osman Sapian kemudian memberi kemungkinan apa yang terjadi di Perak mungkin boleh juga berlaku di DUN Johor.Menurutnya, Johor barangkali boleh membalas dendam terhadap UMNO kerana menteri besar Johor adalah dari parti UMNO.

Kerajaan Neeri Johor dibentuk melalui gabungan Bersatu, PAS dan Umno/BN membolehkan mereka menguasai 29 daripada 56 kerusi manakala bakinya 27 kerusi dimiliki oleh Pakatan Harapan.

Dakwa Faizal selepas dia dijatuhkan oleh parti UMNO di Perak telah menimbulkan reaksi di negeri lain.

“Saya mohon, menasihatkan agar semua perjalanan pentadbiran kerajaan negeri-negeri lain dapat berjalan dgn baik,”

CATEGORIES