Bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Positif Covid-19 Kali Kedua

Bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Positif Covid-19 Kali Kedua

Bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berdepan pengalaman ngeri kerana disahkan terkena jangkitan virus covid19buat kali kedua pada 10 Mei setelah disahkan turut positif pada awal januari lalu.

Shafruddin memberitahu portal TRDI, beliau kali pertama positif pada 9 Januari lalu, puncanya tidak pasti, berkemungkinan diperoleh daripada rakan mesyuarat atau ahli jemaah surau.

Katanya, sebelum tarikh itu, tekaknya merasa perit, hilang deria bau dan rasa, badan mula gementar, beliau hampir demam tetapi masih lagi di bawah suhu 37.5.

“Bimbang dengan keadaan itu, cikgu ada menghubungi kenalan di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), bertanya hal berkaitan, bagaimanapun rakan seakan menafikan, sebaliknya mendakwa mungkin demam denggi.

“Disebabkan tekak semakin sakit, cikgu memilih untuk membuat ‘swab test’ (ujian saringan) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Cikgu minta jasa baik petugas berkaitan agar menyegerakan keputusan kerana ada mesyuarat penting di Ipoh pada keesokan harinya,”

Shafruddin kemudian dipantau oleh pegawai perubatan HSNZ kerana oksigen mula turun di bawah 95 peratus dan doktor menyatakan kemungkinan ada pembekuan darah.

Menurutnya tiada rawatan khas diberi tetapi dia diminta untuk bersenam dan melakukan latihan pernafasan.

Positif kali kedua dipercayai kerana sebelum ini Shafrifuddin mempunyai kontak rapat dengan jurusolek program televisyen.

Menurutnya, positif kali kedua tidak bergejala kecuali kadar darah dan gula dalam badan tinggi.

“Waktu itu, cikgu jadi seakan bingung dan keliru kerana ada pihak tertentu menyatakan, sekiranya sesorang itu telah dijangkiti virus Covid-19, kadar kebolehan jangkitan untuk kali kedua sangat rendah.

“Bagaimanapun, cikgu redha dengan ujian Allah dan menganggap semuanya ada hikmah,“

CATEGORIES