Bekas MB Seru Rakyat Bertenang, Terus Jadikan Seberang Takir Zon Hijau

Bekas MB Seru Rakyat Bertenang, Terus Jadikan Seberang Takir Zon Hijau

Bekas Manteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman meminta agar semua rakyat terutamanya di DUN Seberang Takir agar sentiasa bertenang dan terus menjaga keselamatan diri berikutan perkembangan terbaharu pendemik covid-19.

Menurut Razif, Covid 19 telah berada dalam komuniti dan pada bila-bila masa sahaja boleh menyerang. Beliau meminta rakyat berhati-hati dalam setiap urusan diluar rumah dan patuhi segala arahan pihak berkuasa dan SOP yang ditetapkan.

Beliau juga berharap agar rakyatsemua dapat merancang kehidupan sebaik-baiknya, berjimat cermat dan terus panjatkan doa kepada Allah swt yang Maha Esa agar pandemik ini dapat ditangani dengan secepat mungkin. Menurut Razif, siapapun tidak dapat menjangka apakah kesudahan kepada peristiwa ini dan pastinya nanti ada yang akan kehilangan atau pendapatan berkurang.

Dan beliau menganggap apa yang berlaku adalah ujian yang Allah swt turunkan untuk umat islam kembali mengingatinya.

Beliau juga menegaskan dirinya dan mewakili parti UMNO akan setia bersama rakyat dalam susah atau senang dan akan mempastikan kebajikan rakyat akan terus diberikan perhatian sedaya mungkin.

Razif yang juga merupakan adun Seberang Takir juga berikrar untuk mereka jadikan Seberang Takir ini kekal Zon Hijau.

CATEGORIES