Bekas MB Bantu Santasi Sekolah

Bekas MB Bantu Santasi Sekolah

Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said hari ini turun padang bersama Pemuda UMNO Kemaman untuk khidmat sanitasi di SMK Bukit Kuang Kjal Kemaman.

“Mudah-mudahan ia akan memberi keselesaan kepada para pelajar serta guru yang bertugas ketika peperiksaan nanti.” tulis Ahmad dalam satu perkongsian di laman Facebook beliau.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu itu juga, khidmat sanitasi dan disinfeksi akan diteruskan di sekolah lain juga.

“Insyaallah khidmat sanitasi dan disinfeksi akan diteruskan di sekolah-sekolah lain juga.”

Ahmad yang ssebelum ini positif Covid-19 telah pulih sepenuhnya awal feb lalu.

CATEGORIES