Batalkan Keputusan Tolak Kerjasama BERSATU? Sila Meninggal, Sindir Puad

Batalkan Keputusan Tolak Kerjasama BERSATU? Sila Meninggal, Sindir Puad

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zakarshi mempersoalkan tindakan ahli parlimen Ketereh dan juga ketua bahagian UMNO Ketereh, Annuar Musa yang mengutus surat kepada presiden UMNO memuntut kepada 4 perkara dan salah satunya meminta Perdana Menteri Muhyiddin segera melantik seorang timbalan perdana menteri daripada kalangan pemimpin BN.

“Dulu Annuar dan kuncu-kuncunya kata jangan minta jawatan dengan PM. Itu prerogatif dia. Nanti Umno dituduh kemaruk jawatan.

“Sekarang tuntut segera. Sudah tentu Umno akan terpalit dengan hinaan hidung tak mancung, pipì tersorong sorong,” Kata Puad dalam satu hantaran di Facebook.

“Di zaman beli-membeli dan mengugut ahli parlimen supaya melompat parti ini, jangan pula Umno turut dituduh mahu menggadai parti semata mata kerana jawatan timbalan perdana menteri.

“Kalau untuk tawar menawar supaya MT Umno membatalkan keputusan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu di PRU ke 15, sila ‘meninggal’ (jangan harap),” kata Puad lagi.

CATEGORIES