Banner Wajah Haziq sambut Kongres Negara

Kongres Negara yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) hari ini menghimpunkan para perwakilan dan pemerhati Penggerak Komuniti Negara, Pemuda Negara, NOW dan Penggerak Wanita Muda Negara dari segenap pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kongres yang dipimpin oleh bekas ahli parti Keadilan yang keluar parti sebelum ini hingga mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan jatuh turut dipercayai menjadi wadah ikrar kesediaan mereka untuk menyertai parti BERSATU.

Namun sedikit tidak enak apabila ada banner dan Banting menyambut program ini dipercayai diletak sebagai sindiran apabila gambar individu yang dikaitkan dengan skandal video lucah tidak lama dahulu.

CATEGORIES