Banner protes CEO anak syarikat Terengganu Inc bertebaran

Banner protes CEO anak syarikat Terengganu Inc bertebaran

Kain rentang yang mendedahkan gambar CEO Golden Pharos Berhad (GPB) dikesan telah dinaikkan di beberapa lokasi di Negeri Terengganu pagi ini.

GPB merupakan salah satu anak syarikat Terengganu Inc. di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.

Kain rentang itu mendakwa CEO GHB, Ahmad Nadzarudin Abdul Razak menutup periuk nasi pekerja dan dalam masa yang sama beliau semakin menikmati kekayaan.

Protes ini dipercayai dilakukan oleh penyokong PAS yang tidak berpuas hati dengan tindakan CEO tersebut dan mengugut untuk tidak mengundi lagi PAS melainkan CEO GPB tersebut ditukar.

[ berita lanjut menyusul ]

CATEGORIES