Banduan Masukkan Botol Budu Dalam Dubur Rakan Setelah Bergaduh

Banduan Masukkan Botol Budu Dalam Dubur Rakan Setelah Bergaduh

Seorang banduan bertindak memasukkan botol budu ke dalam dubur banduan lain setelah mereka berdua bergaduh, lapor Malaysiakini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Mohd Nor Ashmadian Satar melakukan perhubungan seksual kepada seorang lelaki berusia 32 tahun dengan memasukkan botol plastik ke dalam dubur tanpa kerelaan mangsa.

Ashmadian kini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu dan mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, kira-kira jam 5 petang pada 30 Disember tahun lalu.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh sediada menjalini hukuman penjara dan Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

CATEGORIES