Azmin Tuduh Penubuhan Perikatan Nasional Idea Mahathir

Azmin Tuduh Penubuhan Perikatan Nasional Idea Mahathir

Ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Mohamed Azmin Ali mendakwa penubuhan Perikatan Nasional (PN) adalah cetusan Dr Mahathir Mohamad bertujuan untuk menjadikan Mahathir seorang perdana menteri yang disokong oleh semua anggota parlimen dari kedua belah blok.

Azmin mendakwa sebelum Mahathir meletak jawatan secara mengejut pada 23 Februari , sebanyak 131 tandatangan sokongan ahli parlimen melalui akaun bersumpah menyokong Mahathir sebagai perdana menteri, tambah Azmin lagi, mereka berusaha sehabis baik untuk memastikan Mahathir dapat meneruskan sebagai perdana menteri dan tidak diganti oleh Anwar Ibrahim sebagaimana dijanjikan sebelum itu.

“Itu adalah hasil mesyuarat yang kita buat di rumahnya (Mahathir) pada 23 Feb pukul 4 petang di mana dia berjumpa dengan enam ketua parti politik, termasuk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg dan saya,” kata Azmin dalam wawancara kepada The Star

Menurut Azmin lagi,PN bukan kerajaan pintu belakang kerana terdapat kekosongan jawatan perdana menteri dan itu bukan sebahagian dari rancangan. Apabila Mahathir letak jawatan, Kami dihurung krisis politik.

Mereka bimbang jika tiada move baharu dari Muhyiddin, Anwar akan ke Istana dan memohon untuk jadi perdana menteri.

Azmin juga menyalahkan Mahathir atas apa yang berlaku kerana Jika Mahathir tidak letak jawatan Isnin itu, dia akan kekal jadi perdana menteri dengan majoriti besar.

CATEGORIES