Azmin Tuduh Anwar Ahli Politik Gila

Azmin Tuduh Anwar Ahli Politik Gila

Kurang senang dengan pengumuman Dato Seri Anwar Ibrahim, bekas anak didik beliau itu menuduh Anwar sebagai pembohong dan ahli politik gila.

Azmin yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dilihat gelisah dan cukup kurang senang dengan perkembangan terbaharu politik negara.

Anwar semalam mengumumkan bahawa beliau sudah mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan, dengan angka yang meyakinkan dan bukan sekadar majoriti tipis.

Kenyataan Anwar mendapat reaksi berbeza beza, AMANAH dan DAP mengeluarkan kenyataan menyokong Dato seri Anwar sebagai Perdana Menteri sebagaimana ditetapkan majlis presiden Pakatan Harapan,manakala bekas sekutu Anwar termasuk Azmin, dan ketua penerangan Bersatu bersikap tidak senang dengan pengumuman itu.

Ketua Armada, Wan Faysal menyifatkan Anwar tidak berhati perut kerana merampas kerajaan dari tangan mereka pada waktu pendemik covid19. Wan Fawsal yang sebelum ini bersama Tun menentang rampasan kuasa kumpulan Azmin dan Bersatu, beralih arah setelah bertemu Muhyidin Yasin.

Kemudian itu dia dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

CATEGORIES