Azmin Sudah Hilang Ingatan – Hasbie Muda

“Sekarang dia juga sudah hilang ingatan. Dia lupa dulu dia juga salah seorang Menteri PH”, tulis Hasbie Muda, Naib Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu respon terhadap ceramah Azmin Ali yang mendakwa Kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan sebagai gagal.

Azmin yang merupakan bekas timbalan presiden parti Keadilan bertindak melompat parti berikutan masalah dalaman Keadilan sehingga mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan runtuh.

Terdahulu, Azmin merupakan menteri ekonomi dibawah pentadbiran Pakatan Harapan dan peranan serta fungsi beliau dipersoal ketika itu sebagai menteri yang gagal dan kini dilantik jawatan sama namun berstatus menteri kanan setaraf timbalan perdana menteri.

Azmin dan 10 ahli parlimen Keadilan yang keluar parti kini menyertai parti BERSATU pimpinan Muhyidin Yassin dan mendakwa membawa 200,000 keahlian kumpulannya ke dalam BERSATU.

CATEGORIES