Azmin Ali Sindir Bung Mokhtar dalam Kempen PRN Sabah

Azmin Ali Sindir Bung Mokhtar dalam Kempen PRN Sabah

Kempen Pilihan Raya Sabah semakin menampakkan perpecahan diantara BERSATU dan UMNO Barisan Nasional. Walaupun modal perpaduan ummah dilihat begitu utuh sebelum ini, bibit bibit perpecahan antara UMNO BERSATU makin ketara dan tidak dilihat boleh surut.

Azmin Ali yang juga merupakan ahli majlis tertinggi BERSATU hadir majlis kempen PN dan mengumumkan kemenangan Hajiji akan membuka peluang untuk beliau menjadi Ketua Menteri yang seterusnya.

Pengumuman Azmin agak janggal apabila sebelum ini apabila Muhyiddin mencadangkan Hajiji sebagai KM, mendapat respon negatif dari UMNO bahkan turut peroleh serangan terbuka dari pemimpin UMNO, namun Azmin mengulangi kembali kenyataan hampir sama, pastinya akan mengundang kemarahan serupa yang tidak akan membanta memperbaiki hubungan antara UMNO dan BERSATU.

Ketika bercakap dalam kempen tersebut, Azmin berkata Hajiji layak menjadi ketua menteri kerana ketua Bersatu Sabah itu seorang pemimpin yang dihormati, kuat dan bersih.

Kenyataan ini agak janggal dan turut berbaur ‘sindiran’ terhadap Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin yang menghadapi dakwaan dimahkamah berhubung dakwaan rasuah.

Barisan Nasional sebelum ini menyebut tiada nama untuk Ketua Menteri Sabah baharu sekiranya mereka dan sekutu menang PRN Sabah melainkan setelah tamat pilihan raya dan keputusan dikeluarkan.

CATEGORIES