Azmin Ali Bakal Dilantik Naib Presiden BERSATU

Azmin Ali Bakal Dilantik Naib Presiden BERSATU

Kemasukan bekas Timbalan Presiden PKR bersama 200,000 pengikut beliau ke dalam BERSATU adalah satu loncatan terbesar parti BERSATU semenjak ia ditubuhkan.

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dilaporkan bakal membincangkan mengenai pelantikan Azmin sebagai salah seorang daripada naib presiden parti, lapor Awani.

Faizal berkata perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti yang akan diadakan bersekali dengan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu.

BERSATU baru sahaja menyelesaikan pemilihan kali pertama membabitkan 20,000 pemilih dan 3 Naib Presiden menang dalam pemilihan iaitu dimenangi Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pendidikan; Dr Radzi Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

17 calon merebut jawatan terbabit termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Redzuan Md Yusoff , menteri yang terkenal dengan jolokan ‘menteri kereta terbang’ itu tewas dalam pemilihan tersebut.

CATEGORIES