Azmin Dakwa Negatif Covid-19

Azmin Dakwa Negatif Covid-19

Azmin Ali,dalang utama kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan membuat pengumuman itu melalui media sosial malam ini memaklumkan dia tidak dijangkiti virus covid19 sebagaimana dispekulasikan di media sosial sebelum ini.

“Banyak spekulasi mengenai status kesihatan saya. Terima kasih kerana ramai yang prihatin dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya sekeluarga.

“Saya telah menjalani dua ujian Covid-19. Alhamdulillah, keputusan kedua-dua ujian adalah negatif. Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian Covid-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,” katanya.

Azmin sebelum ini dalam ceramah kempen pilihan raya negeri Sabah mendakwa ramai orang akan mati sekiranya Pakatan Harapan memerintah sewaktu covid melanda.

CATEGORIES