Asyraff Wajdi ‘Dr Cap Ayam’ – Razali Idris

Asyraff Wajdi ‘Dr Cap Ayam’ – Razali Idris

Ketua Parti Pribumi BERSATU Terengganu, Razali Idris menempelak Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki susulan kenyataan Asyraf meminta parti BERSATU berhenti membeli ahli UMNO.

“Dr Cap Ayam Mu Nih!! Kita Dok Plahak ‘Curi dan Beli’ Wehhh…” tulis Razali dalam Facebook beliau.

Selain melabelkan Asyraf sebagai “Dr cap ayam” , Razali turut mendakwa BERSATU tidak berkehendak untuk mencuri dan beli ahli UMNO.

Terdahulu, Asyraf dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook beliau, meninta agar BERSATU berhenti mencuri ahli UMNO jika ingin selamatkan kerjasama antara mereka.

Menurut Asyraf, suasana hubungan UMNO-PPBM di akar umbi semakin panas dan getir kerana berlaku ‘kecurian’ ahli UMNO yang semakin menjadi-jadi oleh parti BERSATU sehingga menimbulkan keresahan antara ahli dan pimpinan UMNO.

Asyraf turut mendakwa ahli UMNO dibayar RM100 untuk menyertai PPBM dan bayaran RM3000 ke RM8000 diperuntukkan untuk penubuhan cawangan. Menurut beliau lagi, Fenomena ‘curi’ dan ‘beli’ ahli UMNO jika diteruskan sebegini akan mengesahkan segala persepsi dan dakwaan selama ini bahawa Perikatan Nasional diwujudkan hanyalah untuk melemahkan dan menggantikan UMNO.

CATEGORIES