Apakah kita sudah “kehilangan” Laut China Selatan?

Apakah kita sudah “kehilangan” Laut China Selatan?

1. Negara-negara seperti China, Taiwan, Brunei, Filipina, Vietnam dan Malaysia kini menuntut kedaulatan wilayah maritime di Laut China Selatan (LCS) yang kebetulan berada berhadapan perairan Terengganu.

2. Berbanding China, beberapa negara lain hanya menuntut sebahagian kecil daripada kawasan maritim di LCS. Walaubagaimanapun China, ia menuntut hampir 90 peratus daripada kawasan keseluruhan LCS tersebut.

3. Sejak tahun 1930an, tiada negara lain yang mencabar tuntutan kedaulatan China di LCS kerana China mendakwa tuntutan tersebut berlandaskan hak sejarah sejak Dinasti Ming (1641 A.D.) dan Dinasti Qing (1911) lagi.

4. Malah, sejak Parti Komunis China (Chinese Communist Party – CCP) menewaskan Guomingtang dalam perang saudara di Taiwan pada tahun 1949, Pengerusi Mao telah mengisytiharkan LCS sebagai wilayah kedaulatan China melalui tuntutan 11 garis putus (11 dash line).

5. Walaubagaimanapun, Pengerusi Mao telah mengurangkan tuntutan tersebut kepada 9 garis putus sebagai tanda solidariti bersama Parti Komunis Vietnam (Vietnam Communist Party – VCP), ketika itu dalam peperangan dengan Perancis dan Amerika Syarikat.

6. Tambahan pula, tuntutan 9 garis putus ini telah meletakkan China di tengah-tengah konflik dengan masyarakat antarabangsa, selain daripada negara-negara yang menuntut kedaulatan di LCS. Artikel ini turut menggunakan perkataan “Kami” kerana China terus menerus mencetuskan ketidaktentuan di kawasan maritim LCS yang menganggu gugat negara-negara menuntut dan masyarakat antarabangsa.

7. Hal ini kerana sejak tahun 2009 lagi, China telah memulakan usaha untuk mengubah gugusan pulau di Kepulauan Spratly sebagai kawasan ketenteraan yang lengkap dengan landasan penerbangan dan platform anti peluru berpandu. China juga turut tidak menghormati Code of Conduct yang telah dipersetujui oleh China dan beberapa negara yang menuntut supaya kawasan maritim LCS tidak dijadikan sebagai kawasan ketenteraan.

8. Malah menurut data satelit daripada pusat pemikir berpangkalan di Washington DC, Asia Maritime Transparency Institut (AMTI), Center of Strategic and International Studies (CSIS), projek-projek tambakan tanah tidak terhad pada satu gugusan pulau di Fiery Cross sahaja.

9. Terdapat sekurang-kurangnya 7 lagi kawasan di LCS telah bertukar menjadi Kawasan “ketenteraan”. Ia jelas bertentangan dengan semangat Code of Conduct di LCS yang telah dipersetujui pada tahun 2002. Menteri Luar China, Wang Yi, turut menyatakan hasrat China untuk menyelesaikan isu tuntutan di LCS melalui perdamaian menerusi Code of Conduct terkini yang dijadualkan untuk dimuktamadkan pada tahun 2021. Walaubagaimanapun, pegawai-pegawai di Sekretariat ASEAN, Jakarta masih kurang jelas akan garis masa dicadangkan oleh Wang Yi.

10. Walaubagaimanapun, Sidang Kemuncak ASEAN Virtual pada 22 Jun baru-baru ini, beberapa pemimpin ASEAN terutamanya Presiden Filipina, Duterte telah menyatakan bahawa isu LCS telah menjadi suatu isu yang harus diselesaikan segera.

11. Ini turut mengambil kira beberapa perincian ketenteraan yang telah ditempatkan di kawasan maritim LCS. Malah, Mahkamah Antarabangsa turut menetapkan pada tahun 2016 bahawa berdasarkan United Nations (UN) Tribunal on the Law of the Seas, negara-negara tidak berhak menuntut berdasarkan hak sejarah.

12. Pada pandangan Malaysia, penetapan China pada hak sejarah di LCS adalah dipersoalkan. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mempersoalkan bahawa jika LCS milik China kerana ia adalah expresi geografi, maka Lautan Hindi adalah milik India berdasarkan hak sejarah.

13. Indonesia pula muncul sebagai negara ASEAN pertama yang memperakui keputusan UN Tribunal pada bulan lepas. Untuk rekod, Kementerian Luar Negeri Indonesia sebelum ini telah menolak sebarang perundingan dua hala berkaitan tuntutan kawasan di Lautan Natuna Utara yang terletak di kawasan Pulau Natuna milik Indonesia, walaupun kawasan tersebut berada berdekatan dengan 9 garis putus.

14. Terdapat juga beberapa nelayan dari China telah menceroboh masuk ke kawasan beberapa negara di LCS yang kaya dengan hasil marin. Nelayan-nelayan tersebut diiring oleh Chinese Maritime Coast Guards yang mempunyai kekuatan kapal perang. Ahli akademik seperti Richard Heydarian daripada University of the Philippines telah menyatakan bahawa fenomena ini sebagai usaha “militia-zation” di LCS oleh China.

15. China seharusya menerima bahawa “hak sejarah” tidak termaktub dalam UN Conventions on the Laws of the Seas (UNCLOS) di mana ia turut sebahagian daripadanya. Malah, ketika China bersetuju untuk menerima UNCLOS pada tahun 1982, ia mempersetujuinya dengan rela tanpa paksaan daripada kuasa asing.

16. Oleh itu, negara-negara lain seharusnya mempertimbangkan persoalan ini – adakah mereka sudah “kehilangan” LCS? Kerana dalam tempoh tahun 2002 hingga 2020, kedua-dua usaha militarization dan milita-zation telah berlangsung dengan pesat. Ini adalah isu mustahak berbanding konsep kebebasan berlayar atau freedom of navigation yang diberi penekanan oleh masyarakat antarabangsa.

17. Menurut William Pesek daripada Bloomberg Press, perdagangan maritim di LCS mencatatkan sekurang-kurangnya 5 trillion USD. Manakala menurut laporan lain, ia boleh mencecah sehingga 6 trillion USD, sebelum pandemik Covid-19 meletus.

18. Malah, LCS diunjurkan mempunyai sebanyak 11 bilion tong minyak bersama-sama 190 trilion kaki padu gas asli cecair.

19. Sehingga masyarakat antarabangsa mampu mendesak China bertanggungjawab atas tindakannya di LCS, maka isu di LCS mempunyai potensi untuk mengakibatkan tercetusnya peperangan.

20. Oleh itu, isu LCS adalah suatu isu yang memerlukan penyelesaian segera. Jika China terus menerus menjadikan LCS sebagai kawasan ketenteraan, negara-negara yang menuntut terutama negara ASEAN dan masyarakat antarabangsa hanya mampu berunding semula selepas masyarakat antarabangsa pulih sepenuhnya daripada bahaya Covid-19.

CATEGORIES