Apa Salah Wakil PAS Dilantik Adun Di Sabah – Ketua Pemuda UMNO

Apa Salah Wakil PAS Dilantik Adun Di Sabah – Ketua Pemuda UMNO

Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa DAP terus memainkan sentimen rasis apabila menolak wakil PAS berada dalam DUN Sabah.

Menurut Asyraf, apa salah wakil PAS dilantik kerana PAS terbukti menjaga kebajikan dan eksejahteraan masyarakat berbilang kaum dan agama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“DAP terus bermain sentimen rasis dan Agama! Apa salahnya wakil PAS dilantik sebagai ADUN LANTIKAN SABAH? PAS telah terbukti menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum dan agama di Kelantan,Terengganu&Kedah.” ciap Asyraf di Twitter beliau.

DAP sebelum ini mendakwa bahawa PBS dan STAR Sabah gagal menghentikan kemasukan wakil PAS ke DUN.

Adun Kapayan DAP, Jannie Lasimbang mendakwa bahawa kedua-dua ketua parti itu sebelumnya berjanji bahawa ini tidak akan berlaku.

Kedua parti komponen PN tersebut juga senada dengan DAP bahawa PAS tidak wajar dilantik menganggotai DUN Sabah,Star menyifatkan kemasukan PAS ke dalam dewan perundangan Sabah sebagai sesuatu yang “malang”, Presiden Star Jeffrey Kitingan mengatakan Star tegas dalam prinsipnya bahawa mana-mana pihak yang cita-citanya tidak sesuai dengan nilai dan sensitiviti rakyat Sabah yang mempunyai pelbagai budaya harus ditolak.

“Pemimpin PAS berkali-kali mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan dan sentimen rakyat Sabah yang berbilang budaya dan pelbagai agama.Rakyat Sabah tidak memerlukan parti politik untuk mengajar mereka mengenai perpaduan antara agama. Sabah adalah contoh yang baik dalam perpaduan rakyat pelbagai agama, sama seperti jiran kita, Sarawak,” tegas Kitingan.

STAR adalah parti komponen PN

CATEGORIES