Annuar Musa Nasihatkan Pemimpin BN Jangan Polemiknya Isu JASA

Annuar Musa Nasihatkan Pemimpin BN Jangan Polemiknya Isu JASA

Menteri Wilayah Persekutuan , Annuar Musa menasihati pemimpin Barisan Nasional yang dianggotai UMNO agar tidak mempolemikkan isu penubuhan semula JASA

Annuar yang juga SU Agung BN berkata penubuhan semula JASA bertujuan sebagai penyampai dasar kerajaan agar lebih difahami oleh rakyat.

Annuar juga menasihat agar mereka yang bersuara berkenaan penubuhan kembali JASA mendengar terlebih dahulu penjelasan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung perkara tersebut.

Setakat hari ini, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan bekas Presiden UMNO Najib Razak ada membangkitkan isu JASA.

Menurut Najib, Pada masa baik dan ekonomi sedang berkembang, ada perlunya kerajaan mempunyai unit komunikasi untuk menerangkan dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan agar ianya tidak disalah faham tapi pada zaman krisis di mana peruntukan lebih diperlukan untuk selamatkan Rakyat, kenaikan peruntukan 4 kali ganda berbanding zaman BN adalah sukar diterima orang ramai.

Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled Nordin turut dilaporkan, percaya peruntukan RM85.5 juta yang dikhususkan kepada Jasa terlalu besar dan menggesa kerajaan menjelaskan kewajaran peruntukan sebesar itu untuk penubuhan semula jabatan tersebut yang disifatkannya berperanan sebagai “pembesar suara”.

CATEGORIES