Annuar Musa Luah Kerisauan Perpecahan Parti Pemerintah

Annuar Musa Luah Kerisauan Perpecahan Parti Pemerintah

Setiausaha Agung BN, Tan Seri Annuar Musa meluahkan kebimbangan beliau berkenaan hubungan antara parti pemerintah kini iaitu antara UMNO dan BERSATU yang seolah kembali berpecah.

Menurut Annuar, dahulu mereka cemas dengan pemerintahan PH dan sanggup ketepi sentimen untuk bersatu bersama PAS, PPBM, MIC , MCA, PBRS, PBS, STAR, dan PBB hingga berjaya runtuhkan kerajaan PH dan UMNO berjaya membentuk kerajaan bersama mereka dengan majoriti tipis.

Annuar persoalkan tentang muafakat antara parti, menurut beliau sepatutnya ia dikuatkan lagi bukan kembali berpecah.

“Seketika dulu kita cemas dan rimas dgn cara pemerintahan DAP-led PH..Justeru kita ketepikan segala sentimen,kita muafakat..UMNO PAS PPBM@tsmy,PKR@AA,MCA,MIC,PBRS,PBS,STAR,PBB@GRS..jatuhlah mereka.Dgn majoriti yg tipis kita jadi kjaan.” tulis Annuar

“Kini tidakkah kita perlu kuatkan lagi muafakat kita,perikatan kita,barisan kita?atau kita kembali berpecah?
Pada saya,jika mahu berjaya,jika mahu di percaya,pastikan kjaan PN jadi kerajaan yg berjaya,kabinet yg bersatu,team yg berkerja,yg jujur dan setia..”

Menurut beliau kini DAP kembali mendapat rentak seperti sebelum PRU14 kerana berjaya pecahkan kesatuan mereka.

“Malangnya kini terdapat tanda tanda muncul pihak yg mahu berpecah belah.DAP dan rangkaian kembali mendapat rentak spt sebelum PRU14 yaitu pecahkan kesatuan kita,kerana yg paling di takuti mereka ialah jika UMNO PAS PPBM bersatu dan menentang PH secara dua penjuru.” tulis Annuar dalam Facebook

Beliau turut melahirkan kekesalan kerana dituduh bermacam macam hanya kerana menjaga keharmonian dalam kabinet. Menurut beliau lagi, beliau akan terus istiqamah dengan dasar dan keputusan parti iaitu sokonga en bloc kepada Muhyiddin sebagai persana menteri dan tolak DAP dan Anwar.

“Ditakdirkan pegangan saya ini berbeza maka kita harus redha utk berbeza…
Kita tidak akan biarkan DAP kembali berkuasa,atau cuba menguasai melalui politik “wayang cina/chinese opera”.Saya percaya mereka kini ada strategi lebih halus..Strategy TROJAN HORSE…berpura pura berada bersembunyi di belakang,tapi tetap berikhtiar agar PPBM UMNO PAS berpecah..”

CATEGORIES