Annuar Musa Gesa Pihak Berwajib Bertindak Cekap di KLIA

Annuar Musa Gesa Pihak Berwajib Bertindak Cekap di KLIA

Menteri Wilayah, Annuar Musa dalam twitter mengesa pihak berwajib untuk bertindak segera soal penumpang yang menunggu berjam jam untuk ujian covid19 di KLIA.

“Pihak NADMA.MKN,KKM,MAB DLL hendaklah segera bertindak soal penumpang terpaksa menunggu berjam jam utk buat ujian covid19 Di KLIA ..Kesesakan itu sendiri tak menepati SOP..Tak perlu alasan…tolong selesaikan masaalah” , ciap Annuar

Sebelum ini , TerengganuFokus melaporkan Bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020, semua individu yang baru tiba dari Sabah akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan domestik.

Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu tersebut perlu menjalani saringan ulangan bagi #COVID19.

Wajib menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). Kesemua akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin. Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif.

CATEGORIES