Annuar Musa Dakwa Budaya Fitnah Sudah Menjadi Biasa Dalam UMNO

Annuar Musa Dakwa Budaya Fitnah Sudah Menjadi Biasa Dalam UMNO

Poster mendakwa bekas SU Agong UMNO, Annuar Musa membayar perwakilan untuk sokong usul UMNO jadi kuda PBBM tersebar kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

“Pagi ini di kejutkan berita beredarnya poster spt dlm gambar..entah kerja siapa..neratif rekaan siapa.Pasti ini sesuatu yg di izinkan. , tulis Annuar dalam facebook beliau.

Annuar persoal siapa yang bawa usul terbabit, dan perwakilan mana.

“Usul menjadikan UMNO tunggangan PPBM?..Siapa nak bawa usul?bawah agenda mana?perwakilan mana yg di suruh menyokong?….”

Annuar meminta pihak yang bertindak demikian untuk insaf. Dan menulis kesal bahawa budaya menfitnah kini menjadi perkara biasa dalam UMNO.

“Insaflah kita..Budaya memfitnah ni nampaknya sudah jadi perkara biasa.”

Annuar merupakan antara pemimpin UMNO yang mendokong kepimpinan Muhyiddin Yassin dan mengambil sikap berbeza dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

CATEGORIES