Anggota Penguatkuasa Perlu Faham Peruntukan Undang Undang – Azman Ibrahim

Anggota Penguatkuasa Perlu Faham Peruntukan Undang Undang – Azman Ibrahim

Exco kerajaan Negeri Terengganu, Azman Ibrahim mendakwa anggota polis yang mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada peniaga burger dan colek di Kelantan sebagai terkhilaf kerana kompaun bagi pelanggaran sop individu adalah RM10,000, manakala pelanggaran SOP oleh syarikat barulah RM50,000.

“Anggota Polis bertugas telah terkhilaf ketika mengeluarkan kompaun 50k kerana had maksimun kompaun bagi pelanggaran SOP PKP individu hanyalah 10k. Kesalahan pelanggaran SOP oleh syarikat barulah boleh dikenakan kompaun maksimun 50k.” tulis Azman dalam satu kenyataan.

Azman turut mendakwa kerajaan pusat atau negeri telah menjadi sasaran serangan dalam isu yang yang menrutnya berpunca dari pegawai bertugas. Dia berpandangan kerosakan yang berlaku perlu dipulihkan segera.

Adun Jabi itu juga menegaskan kompaun yang dikeluarkan adalah tidak muktamad kerana ada pihak atasan yang boleh membatalkan dan mempertimbangkan rayuan.

“Perlu diakui bahawa pihak kerajaan samada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri telah menjadi sasaran serangan dalam isu ini walau saya berpandangan ia berpunca dari kesilapan anggota bertugas. Damage telah berlaku dan luka di hati rakyat mesti dipulihkan segera. Tanggungjawab ini perlu diambil secara kolektif.”

“Setiap kompaun yang dikeluarkan bukannya muktamad. Ada pihak yang lebih atas berautoriti untuk membatalkannya atau pertimbangkan rayuan. Perkara ini nampaknya telah dibuat oleh pihak berwajib untuk memberikan keadilan kepada orang kena kompaun.

Azman juga mahu anggota-anggota penguatkuasa faham sebaiknya peruntukan undang-undang dan rujukan punca kuasa dalam menjalankan tugas masing-masing kerana Kesilapan beberapa individu menyebabkan kerajaan terpaksa menghabiskan banyak masa untuk damage control.

CATEGORIES