Amzad jawab desakan Raja Bahrin setelah lama berdiam diri

Amzad jawab desakan Raja Bahrin setelah lama berdiam diri

Timbalan Menteri MOSTI, Hj Amzad Hashim dalam satu kenyataan memberi reaksi kepada gesaan Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu, Raja Bahrin untuk kerajaan Malaysia menarik diri dari Expo 2020 Dubai UAE setelah negara terbabit iktiraf dan menjemput Israel dalam Expo terbabit.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook beliau, Azmad persoal Raja Bahrin jika Malaysia dibawah PH adakah Malaysia akan boikot negara negara yang ada hubungan dengan Israel.

“Sila nyatakan sama ada memang dasar luar negara Malaysia jika PH atau PAN menjadi kerajaan , Malaysia akan boikot semua negara yang ada hubungan dengan Israel? Atau ini cuma pendapat Dato’ Raja Bahrin sahaja (tak disokong oleh PAN dan PH?).”, Tulis Amzad

“Tidak banyak negara di dunia yang mempunyai pendirian tegas seperti Malaysia (tidak mengiktiraf entiti haram Israel sebagai negara). Jika kita mahu memboikot (memutuskan hubungan) semua negara yang punya hubungan dengan Israel, bagaimana dengan China, Australia, Singapura atau negara Islam lain seperti Mesir,Jordan…kita boikot kah?” , tulis Amzad lagi.

Amzad sebelum ini mendakwa Amanah Terengganu sebagai lebih Palestin dari Palestin apabila mendesak kerajaan menarik diri dari Expo terbabit kerana Palestin turut menyertainya.

Namun setelah ditegur bahawa Palestin telah menarik diri sejak Israel turut dijemput, Amzad bertindak memadamkan kembali tulisan terbabit.

Amzad turut dikecam oleh NGO pro Palestin kerana mendirikan iklan promosi besaran Expo terbabit di Kuala Nerus.

CATEGORIES