Amzad Ingatkan Masalah Air Di Kuala Terengganu Masalah Lama

Amzad Ingatkan Masalah Air Di Kuala Terengganu Masalah Lama

Ahli parlimen Kuala Terengganu , Ahmad Amzad Hashim yang menyifatkan dirinya seorang pemimpin ‘cakna’ rakyat dalam Facebook beliau kali ini turun padang bagi meninjau permasalahan gangguan bekalan air di Loji Air Satu Kepong bersama Timbalan Exco Kerajaan Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Mohamed.

Kehadiran Amzad disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Air Terengganu (SATU), Ir Atemin Sulong serta beberapa pegawai teknikal SATU di Loji Air Kepong, Kampung Kepong, Kuala Terengganu.

SATU memaklumkan masalah gangguan kepada bekalan air SATU itu berlaku disebabkan masalah teknikal, yang melibatkan beberapa PAM air yang terdapat di Rumah PAM Air Bersih gagal berfungsi dan masalah ini sedang di atasi dengan sebaik mungkin.

“Ir Atemin juga memaklumkan Rumah Pam Air Bersih yang sedia ada di Loji Air Kepong ini telah berusia 40 tahun dan tidak mampu lagi untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah terutama di daerah Kuala Terengganu dan Marang.” , lapor satu artikel dari halaman facebook “Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim”.

Menurutnya lagi, alternatif yang telah diambil oleh pihak SATU ialah membina Rumah Pam yang baru dengan sistem yang baharu bagi mengatasi masalah tekanan air untuk jangka masa panjang.

Amzad meminta pihak SATU untuk menyiapkan Rumah Pam baru yang sedang dalam pembinaan itu sebelum hari menjelang raya ini. Beliau turut mengingatkan bahawa masalah ini merupakan masalah yang sudah lama berlaku di mana masalah ini turut melibatkan sistem pempaipan dalam tanah.

CATEGORIES