AMK Terengganu Tolak Gabungan Baharu

AMK Terengganu Tolak Gabungan Baharu

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu menolak idea gabungan baharu parti pembangkang sebaliknya mahu kerjasama politik antara parti parti pembangkang yang lain.

Ketua penerangan AMK Terengganu, Haziq Zolkiflee dalam satu kenyataan menyebut AMK Terengganu bersetuju bahawa setiap parti komponen Pakatan Harapan (PH) memberi tumpuan dan menggembeleng tenaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mungkin diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Namun, berhubung kerjasama antara parti-parti komponen PH dan pihak pembangkang yang lain, AMK Terengganu berpendapat PH tidak memerlukan gabungan baru sebaliknya kerjasama politik antara ahli pembangkang yang lain.

“Kita sedang melalui proses kritikal saat ini jadi kami beranggapan tiada gunanya untuk terus menyerang sesama sendiri sebaliknya memperkukuhkan gabungan Pakatan Harapan tanpa ada campur tangan individu yang sengaja menimbulkan ketegangan antara gabungan parti komponen PH.” ,

“Kami tidak mahu kejadian sama terjadi yang akhirnya merugikan semua pihak. Jika benar ada antara Ahli-Ahli Parlimen Bebas dan parti pembangkang yang lain ingin bekerjasama dengan PH mereka seharusnya menghormati Ketua Pembangkang dan menyokong sepenuhnya usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengembalikan mandat rakyat”

Terdahulu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan satu grand coalation ditubuhkan melibatkan parti parti pembangkang termasuk WARISAN, PEjuang dan Muda setelah Pakatan Harapan gagal mengalahkan undian bajet 2021 dibawa kerajaan Perikatan Nasional.

CATEGORIES