AMK Tempelak Hizwan, Ikrar Jadikan Ampang Pusara Politik Zuraidah

AMK Tempelak Hizwan, Ikrar Jadikan Ampang Pusara Politik Zuraidah

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor tempelak Nor Hizwan Ahmad, SU Politik Ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin yang mencadangkan pembangkan untuk menamanakan ketua pembangkang baharu mengantikan Anwar Ibrahim.

Ketua penerangan AMK Selangor, Khairool Ngadon mengesa Hizwan untuk tidak sibuk dengan urusan Pakatan Harapan sebaliknya fokus hanya kepada masa depan politik bosnya, Zuraidah kerana AMK Selangor akan memastikan Ampang menjadi pusara politik Zuraida sekiranya beliau kekal bertanding di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

“Telah sampai masanya pengundi Parlimen Ampang memilih wakil rakyat yang lebih berintegriti dan bertanggungjawab dalam membela kepentingan dan kebajikan mereka,” katanya

Hizwan sebelum ini cadang PH untuk ganti Anwar sebagai ketua pembangkang kerana menurutnya Anwar punca ketidakstabilan politik dan ekonomi negara.

CATEGORIES