AMANAH Terengganu Mahu Mandat Dikembalikan Kepada Pakatan Harapan

AMANAH Terengganu Mahu Mandat Dikembalikan Kepada Pakatan Harapan

Naib Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu, Hasbie Muda menolak gesaan UMNO untuk diadakan pilihan raya segera berikutan perpecahan dalam parti pemerintah hari ini.

Menurut Hasbie Muda, gesaan beberapa pemimpin UMNO agar Perdana Menteri membubarkan parlimen dengan kadar segera adalah tidak cermat dan gelojoh. Mudarat yang boleh dibawa adalah lebih besar berbanding manfaat kepada rakyat dan negara.

“Malaysia telah mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 sebanyak 120,818 dan jumlah harian mencecah 4 angka setiap hari.” tulis beliau dalam satu kenyataan dikeluar di laman Facebook AMANAH Negeri terengganu.

“Beberapa negeri pula kini dilanda banjir yang buruk dan menjejaskan hampir 18,000 rakyat.”

Menurut beliau lagi, desakan UMNO untuk membubarkan parlimen dan diadakan pilihan raya segerakan adalah tidak bertanggungjawab dan boleh membawa Malaysia berdepan lebih banyak risiko peningkatan kes Covid-19.

Beliau turut mengingatkan UMNO bahawa mereka bertanggungjawab dengan bersekongkol dengan BERSATU dan PAS dalam menubuhkan kerajaan “Tebuk Atap”, kini kerana masalah dalaman perebutan kuasa antara UMNO dan BERSATU, sekali lagi cuba mengheret rakyat dan negara dalam kemelut politik dan pilihan raya.

Hasbie mendesak agar rakyat dan negara harus diberi keutamaan dalam masa sekarang dan mahu kerajaan Perikatan Nasional akur dan mengembalikan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan sekiranya UMNO menarik diri dari kerajaan.

Beliau percaya , kerajaan yang lebih stabil dapat dibentuk sekiranya gabungan parti pembangkang, dan sokongan parti dari Sarawak dan Sabah bagi membentuk sebuah kerajaan baharu.

CATEGORIES