AMANAH Nafi Beri Kata Dua Kepada Anwar

AMANAH Nafi Beri Kata Dua Kepada Anwar

Parti AMANAH Negara menafikan berita yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insight bertajuk “Amanah gives Anwar 7 days to oust Muhyiddin, say sources”.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad, tulisa tersebut adalah tidak betul dan berniat untuk melaga-lagakan AMANAH dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Khalid, bagi AMANAH, kedudukan Ketua Pembangkang dan mendapatkan kembali kerajaan dari Perikatan Nasional adalah dua perkara yang berbeza.

Khalid juga menegaskan Kedudukan Ketua Pembangkang diputuskan melalui perbincangan antara komponen parti bukannya hak atau tanggungjawab AMANAH sahaja.

“Mesyuarat Jawatankuasa Nasional AMANAH baru-baru ini hanya memutuskan AMANAH menghargai kesediaan Anwar untuk mengambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku pada 26 November lepas di Dewan Rakyat.” ,

“Bagaimanapun, kita juga telah bersetuju untuk berbincang bersama dengan rakan-rakan gabungan apa yang patut dibuat seterusnya selepas peristiwa itu.” kata Khalid dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan adalah tidak benar sama sekali untuk mengatakan AMANAH memberikan kata dua (ultimatum) kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan kerana memberi katadua kepada rakan-rakan gabungan bukan budaya AMANAH.

CATEGORIES