Amanah Mahu Tanding 16 Kerusi Di Terengganu?

Amanah Mahu Tanding 16 Kerusi Di Terengganu?

Satu sebaran tulisan tular di media sosial mengatakan Parti Amanah Negara (Amanah) meminta untuk bertanding di 16 kerusi Dun di Negeri Terengganu.

Ini bermaksud pertambahan 5 kerusi dari 11 kerusi yang ditandingi parti diketui oleh Raja Bahrin itu pada PRU14 yang lalu dipercayai dari kerusi yang ditandingi PPBM sebelum ini.

Tuntutan tersebut tampak tidak disenangi oleh rakan mereka, PKR yang mahu mengambil kesemua 10 kerusi yang ditinggalkan oleh PPBM.

Tulisan yang turut ditularkan oleh AJK Cabang PKR Kuala Terengganu itu turut mendakwa tindakan mendapatkan 5 kerusi tinggalan PPBM adalah kurang ajar kerana PKR adalah parti yang lebih tua dan berpengalaman berbanding Amanah.

Terdahulu, turut tular satu kenyataan dari Ketua Penerangan PKR Terengganu, Syed Al Amin yang mencadangkan diwujudkan PH Hibrid dimana PKR tidak perlu bersama Amanah dan DAP pada PRU15 akan datang di Terengganu dengan PKR dibenarkan untuk membuat kerjasama dengan parti melayu lain (UMNO).

Jumlah kesemua kerusi Dun di Terengganu adalah sebanyak 32 kerusi dimana pada PRU14 lalu, Amanah bertanding 11 kerusi, PKR 11 kerusi manakala PPBM 10 kerusi.

Terengganu Fokus akan cuba hubungi pemimpin kedua parti untuk mendapat reaksi mereka berhubung perkara ini

CATEGORIES