Akar Umbi Betul tapi Pemimpin Kena Buat Keputusan – Annuar Musa

Setiausaha Agong Barisan Nasional, Annuar Musa dalam ceramah 5 Setiausaha di PRK Slim membangkitkan soal akar umbi yang punyai pandangan berbeza berbanding pimpinan hingga menjejaskan kerjasama dalam Muafakat Nasional.

“Kalau di Terengganu tu, kalau UMNO buat referendum, sampai sekarang pun UMNO Terengganu kalau boleh dia mintak nak berlawan lagi dengan PAS, sebab sekarang ada orang cakap ni, ‘akar umbi’, ‘akar umbi’, ‘akar umbi’ betul tapi pemimpin kena buat keputusan, akhirnya pemimpin kena berani buat keputusan apa yang baik bagi masa depan bangsa dan orang yang kita bimbing.” ucap Annuar dalam Ceramah 5 Setiausaha Agung Muafakat Nasional” di Dewan Serbaguna Felda Trolak Utara, Slim River.

Akar umbi UMNO di Terengganu menyaksikan tiada kata sepakat dalam rundingan kerusi di negeri Terengganu, terdahulu Ahmad Said, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri menyebut beliau tiada pilihan selain Umno bertanding di kesemua kerusi di Terengganu apabila PAS mahu 6 dari 8 kerusi parlimen.

Ucapan Annuar Musa menunjukkan ketegasan pemimpin Muafakat Nasional dalam merealisasikan pertandingan 2 penjuru antara Muafakat Nasional dan Pakatan Harapan, namun berdepan cabaran dalam meyakinkan akar umbi untuk memberi sokongan kepada calon parti yang pernah berseteru selama puluhan tahun.

CATEGORIES