AJK BERSATU Terengganu Minta Asyraf Wajdi Jangan Jumud

AJK BERSATU Terengganu Minta Asyraf Wajdi Jangan Jumud

AJK BERSATU Terengganu, Alif Rosli menyelar Asyraf Wajdi sebagai jumud kerana menuding secara tidak berasas terhadap BERSATU dengan menuduh BERSATU mencuri ahli UMNO.

Alif meminta Ketua Pemuda UMNO itu untuk tidak hipokrit sehingga tidak sedar bahawa UMNO tidak bersungguh dalam mempertahankan PN.

“Kenapa perlu menuding tanpa berasas berkenaan ahli2 Umno yg berminat dengan BERSATU? Dalam Terengganu, ada sahaja ahli2 Umno isi borang PAS. Bagi saya, kenyataan Ketua BPN Bersatu Terengganu, YBS Razali Idris adalah ‘straight forward’ yg menyatakan kekecewaan beliau terhadap kenyataan KP Umno Msia.” tulis beliau dalam satu kenyataan.

“Jgn terlalu hiprokrit sehingga tidak sedar bahawa Umno pun tidak bersungguh dalam MN. Setakat ini Bersatu ikhlas dalam penyatuan bersama PAS.”

Menurut Alif, beliau menganggap Asyraf sebagai abang , dan meminta Asyraf untuk tidak terlalu jumud hingga menuding jari kepada BERSATU.

Terdahulu, Asyraf Wajdi menuduh BERSATU mencuri ahli UMNO dan meminta BERSATU untuk hentikan tindakan itu jika ingin slamatkan kerjasama dalam Perikatan Nasional.

CATEGORIES