Air tiada sejak petang semalam, penduduk Kuala Terengganu dan Marang terjejas teruk!

Air tiada sejak petang semalam, penduduk Kuala Terengganu dan Marang terjejas teruk!

KUALA TERENGGANU, 25 Feb : Sejak petang semalam, sebahagian netizen dan penduduk di Kuala Terengganu khususnya menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tidak menerima notis awal tentang gangguan bekalan air sehingga menyebabkan urusan harian mereka terganggu.

Ramai pengguna telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di beberapa kumpulan komuniti di Facebook dan Whatsapp.

Namun, Syarikat Air Terengganu (SATU) bertindak pantas menghantar lori lori ke beberapa kawasan bagi meringankan beban penduduk. Antara kawasan yang terjejas ialah di Hiliran, Chabang Tiga, Pasir Panjang, Sekitar SK Tengku Bariah, Gong Kapas, Permint Perdana, Kampung Panji Alam, Pulau Kambing, Kg Duyong, Padang Midin, Serada dan lain lain tempat.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan lewat malam semalam oleh SATU di laman rasmi Facebooknya, sebanyak 46 lokasi melibatkan 31,500 akaun terkesan oleh gangguan bekalan air di Kuala Terengganu dan 8700 akaun melibatkan 24 lokasi di daerah Marang.

Gangguan bekalan air telah bermula pada jam 4.30 petang semalam (24 Februari 2021) kerana masalah teknikal di Loji Kepong 1, Serada.

Kenyataan tersebut juga mnyebut, gangguan akan selesai sekitar jam 5.00 pagi hari ini.

Sebagai langkah pencegahan, SATU telah menyusun jadual pergerakan dan berkongsi jadual pergerakan lori SATU ke beberapa lokasi bagi meringankan beban penduduk yang terjejas.

 

Komen komen netizen rata rata tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

CATEGORIES