Ahmad Said Rayu Pihak Berwajib Bina Jambatan Baharu Di Kg Pasir Nering

Ahmad Said Rayu Pihak Berwajib Bina Jambatan Baharu Di Kg Pasir Nering

Bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Said turun ke Hulu Terengganu dan untuk melihat kesan runtuhan Jambatan Kg Pasir Nering yang tidak boleh digunakan sejak November tahun lepas.

Hadir sama Dato Rozi Mamat dan kepimpinan UMNO Hulu Terengganu.

Jambatan ini digunakan oleh orang ramai yang menghubungkan Jenagor ke

Bandar Kuala Berang dan keadaan sekarang telah menyukarkan rakyat sekitar untuk urusan seharian.
Penduduk kampung di sekitar Kawasan itu juga bimbang dan khuatir masih tiada perkembangan terkini untuk pembinaan jambatan baru walaupun pada awal Februari lalu EXCO telah melawat dan JKR telah pun melantik syarikat untuk projek membina infrastruktur berkenaan.

Beliau merayu pihak berwajib segera membina jambatan baharu untuk kemudahan rakyat lebih-lebih lagi sesi persekolahan telah bermula yang mengakibatkan ibu bapa terpaksa menggunakan jalan jauh untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

CATEGORIES