Ahmad Said Lancar Cawangan Padang Pak Wan, Bersiap Rampas Kerajaan Negeri

Ahmad Said Lancar Cawangan Padang Pak Wan, Bersiap Rampas Kerajaan Negeri

Pengerusi Badan Perbuhungan UMNO Negeri Terengganu, Dato Seri Ahmad Said merasmikan dan melancarkan UMNO Cawangan Padang Pak Wan, di Marang, semalam.

Beliau turut berkesempatan mengadakan lawatan ke rumah pesakit ( 7 org ) dlm Cawangan Padang Pak Wan dan 1 org setiap Caw dalam PDM Rawai.

Turut hadir sama Dato Ketua Umno Bahagian Marang Nik Dir B Nik Wan Ku,Timb Ketua Bhg Ketua Urusetia Umno Pengkalan Berangan Jasmira Othman dan Tengku Haphiz Ketua Pemuda Negeri Terengganu.

Ahmad Said berkata pelancaran ini sekali gus menolak kerjasama di antara parti Bersatu dan Pas di negeri itu.

“Saya terpaksa isytihar sebab apabila exco Pas Hanafiah (Mat) sebut di Kemaman dia akan pertahanan 22 daripada 30 kerusi, kemudian Menteri Besar pula sebut di Dungun Pas akan pertahan enam daripada lapan kerusi Parlimen.

“Dah apa yang tinggal… maknanya tak ada pilihan, lawan semualah,” kata Ahmad dipetik Awani

CATEGORIES