Ahli UMNO Minta Kepimpinan Adakah Mesyuarat, Keluar Segera Dari Kerajaan

Ahli UMNO Minta Kepimpinan Adakah Mesyuarat, Keluar Segera Dari Kerajaan

Pengguna Twitter ciap dalam laman beliau meminta Presiden UMNO segera mengadakan mesyuarat secara tas talian dan keluar dari UMNO

“Salam Dato Presiden @DrZahidHamidi, saya ahli @umnoonline, menyeru sangat agar malam ni diadakan mesyuarat MKT online, Kita keluar daripada kerajaan.”

Sambil mendakwa Muhyiddin sebagai “cakap tidak serupa bikin” , beliau berkata sanggup parti UMNO menjadi pembangkang kerana ada menteri sudah rosak.

“Saya sanggup dan parti UMNO jadi pembangkang kalau inilah jadinya. TSMY cakap tak serupa bikin, ada menteri kita sudah rosak.”

“Rakyat sudah marah, Dato Presiden, saya harap kepimpinan buat keputusan yang elok. UMNO ditubuhkan atas menyelesaikan dan menyuarakan kegusaran rakyat. Maka seeloknya Kita memperjuangkan agenda rakyat.”

Kepimpinan Muhyiddin Yassin kini teruji apabila beliau menerima ancamana dari dalam dan luar kerajaan, dalam kerajaan, rakan mereka UMNO mendesak membubarkan dun dan berisiko meninggalkan Muhyiddin sekaligus menjatuhkan kerajaan 7 bulan beliau manakala diluar masalah parti beliau berdepan isu wabak covid19 yang menjadikan rakyat kurang senang terhadap pentadbiran beliau lagi.

CATEGORIES