Agihan Kerusi : Kenyataan Asyraf Wajdi Tidak Mewakili UMNO – Takiyudin

Agihan Kerusi : Kenyataan Asyraf Wajdi Tidak Mewakili UMNO – Takiyudin

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan berkata kenyataan Ketua Pemuda UMNO bahawa perbincangan agihan kerusi tidak berlaku antara PAS dan UMNO sebaliknya PN dan BN adalah tidak mewakili pendirian UMNO.

Menurut setiausaha Agung PAS itu, kenyataan rasmi berhubung soal agihan kerusi membabitkan PAS dan UMNO hanya boleh dibuat oleh Presiden UMNO, bukan ketua pemuda.

“Saya kira Asyraf Wajdi bukan Presiden UMNO, biar Presiden UMNO yang buat kenyataan itu, sebab Pas sendiri, Ketua Pemuda Pas pun tak pernah buat kenyataan seperti itu, jadi saya tidak mahu mengeluarkan sebarang komen mengenainya,” katanya dipetik Sinar Harian

Menurut Takiyuddin, kerjasama UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional sehingga kini adalah masih utuh dan tidak akan terkubur.

Hubungan antara PAS dan UMNO dilihat sedikit bermasalah apabila PAS dilihat lebih rapat bersama BERSATU yang diketuai Muhyiddin Yassin. PAS juga lebih dilihat kedepan jenama PN berbanding MN yang dibentuk lebih awal bersama UMNO sewaktu Pakatan Harapan masih lagi kerajaan.

CATEGORIES