Adun Sabah Sahkan Veveonah Tidak Berbohong

Adun Sabah Sahkan Veveonah Tidak Berbohong

Adun Karanaan, Masadi Manjun hari ini melalui Twitter beliau mengesahkan bahawa mahasiswa Veveonah tidak berbohong dan mengejar populariti dalam isu akses internet sebagaimana didakwa oleh dua timbalan menteri PN.

“Setelah pertemuan dengan TNC dan Pengarah Pusat Asasi Sains UMS hari ini, saya ingin mengesahkan bahawa mahasiswa Veveonah Mosibin semenangnya mendudukan peperiksaan akhir semester beliau (secara atas talian) pada 9/6 sehingga 12/06/2020.

Beliau adalah pelajar contoh dan ditawarkan untuk kursus sains marin di UMSS” , tulis Masadi.

Sebelum ini, timbalan menteri komunikasi dan multimedia , menuduh Veveonah menipu semata untuk youtube di dewan negara namun menarik balik dan meminta maaf setelah rakan sekuliah Veveonah mendedahkan sememangnya beliau menduduki peperiksaan.

Namun tidak berakhir disitu, ahli parlimen Kudat kemudiannya mempertahankan dakwaan terbabit namun delete kembali setelah dikecam oleh nitizen.

CATEGORIES