ADUN Paka ajak rakyat langgar SOP?

ADUN Paka ajak rakyat langgar SOP?

Satu banner yang dinaikkan di Paka telah mengundang kekeliruan kepada rakyat tempatan disini apabila maklumat yang dikongsi didapati bercanggah dengan SOP PKP yang telah diumumkan kerajaan sebelum Aidilfitri.

Banner yang memaparkan foto Satiful Bahari Mamat menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar itu menyeru agar orang ramai pusing pusing keluarga dan sahabat terdekat.

“Raya tahun ni masih dalam tempoh PKP, rentas negeri tak boleh, kita pusing pusing keluarga dan sahabat terdekat sudah. Tapi ingat! SOP mesti diutamakan” jelas ditulis dalam papan iklan tersebut.

Hal ini lebih mengelirukan lagi apabila semakan dilakukan di laman Facebook rasmi Adun Paka tersebut mendapati seruan tersebut telah diubahsuai untuk tatapan warga maya tetapi tidak di baiki di papan iklan yang telah dinaikkan.

 

CATEGORIES