Adun Jeram Dakwa Wujud Unsur Pilih Kasih Oleh JPPM Punca Pejuang Belum Diluluskan

Adun Jeram Dakwa Wujud Unsur Pilih Kasih Oleh JPPM Punca Pejuang Belum Diluluskan

Bekas Adun BERSATU yang keluar parti sebelum ini, Mohd Shaid Rosli mendakwa permohonan pendaftaran Pejuang belum diluluskan kerana terdapat unsur pilih kasih oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Beliau membandingkan permohonan Pejuang dengan Perikatan Nasional (PN) yang diproses dengan segera, lapor Malaysiakini.

“Saya juga merasakan wujud unsur pilih kasih ekoran pendaftaran PN yang diluluskan oleh jabatan itu dengan kadar segera dalam proses yang amat meragukan.

“Saya juga meminta agar Menteri Dalam Negeri (Hamzah Zainuddin) lebih profesional dalam menjalankan tugas. Beliau perlu menyelesaikan masalah di bawah kementerian beliau bagi menjaga integriti kementerian itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pejuang membuat permohonan mendaftar parti mereka pada bulan Ogos , parti tersebut dipimpin oleh Tun Mahathir setelah beliau dipecat dari BERSATU iaitu pada bulan yang sama Perikatan Nasional mohon pendaftaran mereka.

CATEGORIES