Adun Jabi pertahan tindakan langgar SOP, terima tetamu di Aidilfitri.

Adun Jabi pertahan tindakan langgar SOP, terima tetamu di Aidilfitri.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim mempertahankan tindakannya menerima tetamu selepas solat sunat aidilfitri pagi tadi. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di laman Facebooknya setelah heboh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook mengemaskini tentang aktiviti ziarah ke kediaman ADUN Jabi itu.

“Tak munasabah kita nak tutup pintu dan kunci kemas kemudian suruh rakyat balik kerana ziarah raya tak dibenarkan sedangkan hari hari lain dalam tempoh PKP selalu saja rakyat mari rumah” katanya.

Zakaria Mahmud memuat naik dua keping gambar dengan memaklumkan beliau singgah di rumah Azman Ibrahim selepas solat sunat Aidilfitri.

Sebelum itu, pihak berkuasa telah mengemaskini SOP untuk Aidilfitri dengan mengatakan tidak dibenarkan sebarang aktiviti ziarah termasuk ziarah raya ke rumah, ziarah ke kubur dan rumah terbuka atau jamuan.

Ini selari dengan pengumuman pelaksanaan perintah PKP oleh Perdana Menteri sebelum itu.

CATEGORIES