Adun Hulu Klang Sedia Sertai PKR Jika Dicalon Bertanding Parlimen Gombak

Adun Hulu Klang Sedia Sertai PKR Jika Dicalon Bertanding Parlimen Gombak

Adun Hulu Klang, Saari Sungip menawarkan diri untuk bertandign di parlimen Gombak berdepan penyandang, Azmin Ali yang juga bekas Timbalan Presiden PKR yang kini menyertai BERSATU.

“Saya ingin menawarkan diri berdepan dengan Azmin Ali di parlimen Gombak dalam PRU akan datang sekiranya saya sihat serta dianggap oleh pimpinan PH sebagai seorang winnable candidate (calon boleh menang).” tulis Shaari.

Saari yang merupakan adun Hulu Klang sejak 2008 merupakan pengasas Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan telah melibatkan diri dalam politik massa sejak era pemecatan dato seri Anwar Ibrahim sejak 1998.

Saari dalam tulisan beliau yang disiarkan portal Malaysiakini, yakin bahawa PH dengan PKR, DAP dan Amanah adalah gandingan pakatan politik yang terbaik di bawah teraju dan pimpinan Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin progresif dan inklusif PH.

Beliau menawarkan diri untuk bertanding di parlimen Gombak dalam tulisan sama berdepan Azmin Ali yang sebelum ini menang di kerusi terbabit diatas tiket PKR.

“Memandangkan kerusi Gombak milik PKR, maka jika saya terpilih saya bersedia untuk menjadi ahli PKR.”

Shaari menyertai AMANAH setelah keluar dari PAS pada 2015 dan menjadi pemimpin AMANAH di Negeri Selangor. Beliau antara pimpinan PAS yang dikritik hebat oleh parti apabila menandatangi akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sewaktu kemelut kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Menurut Shaari, Beberapa kelompok masyarakat India, Serani, Cina, Punjabi, India, kelompok Orang Asli seperti Temuan bertemu beliau dan memberi sokongan untuk melawan Azmin Ali, mereka dianggarkan berjumlah 5000 – 7000 orang di Gombak.

Beliau berpendapat, menyertai PKR adalah langkah kesepaduan kerja, meluaskan demokrasi serta mengukuhkan solidariti PH.

“Ini dapat dilihat dari apa yang telah saya lalui apabila diamanahkan oleh PKN untuk bertanding di kawasan Parlimen Kuala Langat pada PRU 1999 dan PKR di kawasan Parlimen Paya Besar pada PRU 2004.”

“Demikian juga saya telah bertanding mempertahankan kerusi DUN Hulu Kelang sehingga memenanginya bagi penggal ketiga dalam PRU 2018 adalah di atas tiket PKR.”

CATEGORIES