Adun Chukai pula ingkar SOP, dikompaun RM2000 di Kemaman

Adun Chukai pula ingkar SOP, dikompaun RM2000 di Kemaman

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Terengganu semalam dikompaun sebanyak RM2000 atas kesalahan melanggar SOP Aidilfitri pada hari raya pertama baru baru ini.

Hanafiah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Chukai semalam telah dipanggil hadir ke Balai Polis Daerah Kemaman untuk memberi keterangan.

 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, wakil rakyat itu dipanggil ke balai setelah gambar gambar beliau tular dan mendapat kecaman netizen di media sosial.

Hanafiah juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu.

Hanafiah dalam satu video yang dimuat naik ke laman facebooknya berkata dia keluar menziarahi empat hingga enam buah rumah untuk menyampaikan beberapa sumbangan makanan.

“Demi rakyat, saya rela berkorban, dikompaun,” katanya

Terdahulu, Wakil Rakyat Jabi yang juga merupakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu , Azman Ibrahim turut dikompaun Rm2000 kerana menerima tetamu selepas solat sunat aidilfitri

CATEGORIES